Hotel & Holiday Package
Friday, July 10, 2015
APARTMENT SRI LAGENDA LANGKAWI
Masalah nak cari penginapan budget di Langkawi?, nak cari untuk family besar?. Nak cari yang ada kolam renang untuk kanak2 sebab tak berani nak mandi laut kat Chenang?.Apartment Sri Lagenda, Off Jalan Penarik, Langkawi boleh menyelesaikan masalah ini.
Apartment 3 bilik (semua aircond) dengan 2 bilik air, boleh didiami antara 8 - 10 orang. Terdapat kemudahan yang disediakan di dalam rumah yang sesuai untuk keluarga. Ada dapur untuk memasak, so boleh jimat dari makan kat luar. Ada mesin basuh, boleh digunakan, so tak perlu hantar pakaian ke dobi atau bawa pakain yang banyak untuk bercuti nanti. Kemudahan lain, ada TV, ada sofa. Kemudahan di luar rumah ada kolam renang, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga.Tidak perlu risau tentang keselamatan kerana Kawalan keselamatan adalah 24jam.
Apartment Sri Lagenda ni ada 5 aras dan tak jauh dari Pekan Kuah, so senang nak shopping. Juga tak jauh dari Jeti Langkawi. Turun feri, ambil kereta, terus jer check in (tertakluk kepada masa).Ke Pantai Chenang dalam 30 minit, Cable Car dalam 20 minit gitu (kalo tau jalan pintas lagi cepat).
Harga pun tak la mahal. Hari biasa dan cuti hujung minggu RM200.00 semalam jika melebihi 2 malam. Jika 1 malam sahaja RM230.00 semalam. Untuk cuti umum atau cuti sekolah RM250.00 semalam. Jika dibahagikan kos 8 - 10 orang antara RM25 -RM32 seorang semalam. JIMAT KAN?.
Terdapat terma dan syarat yang perlu dipatuhi di sini kerana ianya kawasan perumahan keluarga, jadi sensitiviti perlu dijaga. Pihak kami hanya menerima tempahan dari muslim sahaja.
Waktu daftar masuk jam 2.00 petang dan daftar keluar jam 12 tenghari. Daftar keluar lewat dikenakan bayaran tambahan RM20.00 sejam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

